KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Aidilfitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu 1446H/2026M di Wisma Indonesia, di sini, pada Sabtu.
Ketibaan tetamu kenamaan itu disambut oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi bersama isteri.
Majlis tersebut diteruskan dengan jamuan makan serta persembahan nyanyian, sekali gus mewujudkan suasana penuh mesra yang menghimpunkan pelbagai lapisan tetamu jemputan.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya serta Timbalan Speaker, Datuk Al Hambra Tun Juhar.






