Tiru Cara Sabah, Sarawak Mengurus Perbezaan Rakyat – Salleh

Tiru Cara Sabah, Sarawak Mengurus Perbezaan Rakyat – Salleh

0
SHARE
Salleh
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Malaysia boleh belajar daripada Sabah dan Sarawak tentang cara mengurus perbezaan mereka, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak telah menunjukkan bagaimana perbezaan boleh diurus secara progresif dan konstruktif.

“Memandangkan ahli politik kita terus berbincang dan mengulas mengenai hal ehwal politik semasa di Malaysia, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan kita semua untuk mengambil sedikit masa untuk mengingati perasaan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook.

Beliau berkata adalah penting untuk menghayati nilai sebenar menjadi rakyat Malaysia, termasuk menerima perbezaan dan menerima kepelbagaian di negara ini.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata, keperluan untuk mengiktiraf keluhuran hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan difahamkan.

“Tetapi mari kita pastikan komen dan perbincangan kita menghormati dan mengambil kira masyarakat kita yang pelbagai,” katanya.