Heret Mayat Naik Bukit Jalan Sapong

Heret Mayat Naik Bukit Jalan Sapong

0
SHARE

TENOM, SABAH – Pemandu sebuah Proton Gen 2 terkejut menemui mayat di bawah keretanya setelah mengalami kesukaran mendaki bukit di Jalan Sapong – Kemabong, sini, kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Tenom, DSP Hasan Majid, pemandu lelaki berusia 40 tahun berkenaan sebelum itu telah bertindak memotong sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser yang berada di lorong kanan ketika menaiki bukit tersebut.

“Pemandu merasa telah terlanggar sesuatu objek sehingga menyebabkan keretanya menjadi berat. Beliau berhenti dan keluar untuk memeriksa dan mendapati seorang lelaki terperosok di bawah kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengerluarkna mangsa berusia 55 tahun dikenal pasti sebagai Simon Lucius, yang disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Hasan berkata keadaan jalan ketika itu gelap dan mangsa telah mengalami kecedaraan di seluruh tubuhnya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.