Seramai 541 PATI Filipina Diusir Pulang

Seramai 541 PATI Filipina Diusir Pulang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 542 warganegara Filipina diusir pulang melalui laut dalam siri ke-8 Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dillasanakan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah).

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata pecahan tahanan ialah 422 orang lelaki, 92 orang perempuan, 24 orang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan 4 orang kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah.

“Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 13 tahun sehingga 78 tahun.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Kesemua tahanan dipindahkan melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, menurutnya, tahanan PATI yang terlibat pada kali ini hanyalah tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Tawau sahaja.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di begeri Sabah terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini,” tambahnya.