KPDN Periksa 244 Premis Perniagaan Di Sabah Sepanjang Pelaksanaan SHMMP

KPDN Periksa 244 Premis Perniagaan Di Sabah Sepanjang Pelaksanaan SHMMP

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memerikaa sebanyak 244 buah premis perniagaan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 yang bermula 15 April lalu.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata tidak ada sebarang tindakan kes dihasilkan dalam sesi pemeriksaan terbabit.

“Manakala bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2023 yang lalu, sebanyak 1,292 pemeriksaan dijalankan dan sebanyak satu kes dihasilkan di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 dengan nilai rampasan sebanyak RM35 dan nilai kompaun sebanyak RM100.

“Untuk rekod, bagi SHMMP pada tahun lalu, sebanyak 4,667 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Sabah bagi lima SHMMP iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan, Deepavali dan Krismas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 19 kes dihasilkan di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 dengan nilai rampasan sebanyak RM1,130.85 dan nilai kompaun sebanyak RM2,100.00

Mengulas lanjut, katanya daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 19 kes dihasilkan di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 dengan nilai rampasan sebanyak RM1,130.85 dan nilai kompaun sebanyak RM2,100.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” katanya.