Tunggakan Gaji Mac 600 Pekerja Shinsung E&G Dilunaskan

Tunggakan Gaji Mac 600 Pekerja Shinsung E&G Dilunaskan

0
SHARE
Phoong
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe ( Sumber Foto: Ihsan Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Gaji bulan Mac seramai 600 pekerja Shinsung E&G berjumlah RM3.8 juta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sini telah dilunaskan.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, kesemua pekerja dibayar pada jam 6 petang semalam (Isnin).

“Mengikut laporan siasatan interim Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK), adalah dimaklumkan bahawa tunggakan gaji pada bulan March sahaja yang terlibat.

“Ertinya, bukan empat (4) bulan tunggakan gaji seperti diwar-warkan dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini terhadap insiden walaupun sedang mengadakan lawatan rasmi ke China.

“Sukacita saya menerima laporan dari pihak SK Nexilis (syarikat utama) bahawa tunggakan bayaran gaji ini telahpun diselesaikan dengan baik.

“Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi sepanjang insiden ini. Semoga semua yang terkesan akan menyambut Hari Raya yang akan datang dengan senang hati,” tambahnya.