Bomba Sabah Sediakan LiSA Bagi Membendung Kes Lemas

Bomba Sabah Sediakan LiSA Bagi Membendung Kes Lemas

0
SHARE
Pengarah JBPM Mohd Ali (tiga dari kanan) semasa pelancaran peti LiSA di Polumpung, Melangkap...

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Bomba Sabah menyediakan TIGA (3) peti Life Saving Appliances (LiSA) di lokasi tumpuan riadah air sekitar negeri bagi membendung kes lemas.

Peti LiSA boleh ditemui di Taman Teluk Awam Likas, di sini; Polumpung Melangkap View Campsite, Kota Belud dan Pantai Syahbandar Tuaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Ali Ismail berkata, LiSA boleh digunakan oleh orang awam dalam usaha penyelamatan mangsa.

Perkara itu dengan mengambil kira kebenaran merentas daerah dan kelonggaran pengoperasian sektor pelancongan tempatan baru-baru ini yang pasti melihat kedatangan semula ramai pengunjung.

“Antara peralatan yang terdapat di dalam LiSA ini ialah seperti jaket keselamatan, peti pertolongan cemas dan tali…

“Siren akan berbunyi sekiranya peti LiSA di buka dan akan memberikan amaran kepada pengunjung.

“Selain itu, pegawai jabatan (ketua Balai) akan menerima notifikasi di dalam telefon bimbil pegawai yang didaftarkan daripada sistem GPS yang di pasang di peti LiSA ini.

“Keadaan ini akan memudahkan pegawai bomba mengambil tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Papan tanda amaran juga didirikan di beberapa kawasan dalam usaha kerajaan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya dan aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, dua (2) buah Pasukan Bomba Komuniti telah ditubuhkan di Polumpung Melangkap View Campsite.

“Ahli pasukan Bomba Komuniti ini akan memberikan bantuan awalan terhadap kecemasan yang berlaku di kawasan bagi menangani masalah tindak balas pasukan Bomba sampai ke lokasi,” katanya.

Beliau ditemui wartawan setelah melancarkan kempen kesedaran keselamatan aktiviti di air di Polumpung tengah hari tadi.

Pemilihan lokasi Polumpung View Camp Site sebagai lokasi penempatan LiSA adalah kerana kawasan terbabit merupakan tumpuan pelancong tempatan dan mempunyai risiko yang tinggi terutamanya kepada aktiviti air.