Sabah Catat 504 Kes COVID-19 Hari Ini, Angka Terendah Direkodkan Sejak Julai

Sabah Catat 504 Kes COVID-19 Hari Ini, Angka Terendah Direkodkan Sejak Julai

0
SHARE

KOTA KINABALU ,SABAH – Sabah mencatat 504 KES baharu COVID-19 iaitu penurunan 135 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ianya jumlah kes yang terendah sejak 22 Julai lalu.

Dalam pasa itu, sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan kes sementara lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan.

“Empat (4) daerah lagi mengekalkan catatan sebagaimana semalam dan hanya satu (1) sahaja daerah yang mencatatkan peningkatan dua (2) angka iaitu daerah Tongod dengan penambahan 10 kes” katanya.

Daerah-daerah yang mencatatkan penurunan kes 2 angka ialah Kota Belud -30 kes, Ranau -28 kes, Kota Kinabalu -20 kes, Kudat -17 kes, Putatan -14 kes, Sipitang -13 kes dan Keningau -10 kes.

Tiada daerah yang merekodkan kes tiga (3) angka dan kes tertinggi pada hari ini direkodkan di Kota Kinabalu dengan catatan 60 kes.

Maisidi berkata secara keseluruhan, kebanyakkan daerah mencatatkan kes baharu dibawah paras 50 kes.

Sebanyak 198 kes atau 39.29 peratus kumulatif hari ini merupakan kes Saringan Bergejala atau kes sporadik.

“Siapa yang menjangkiti dan tempat jangkitan berlaku sukar dikenal pasti. Namun yang pasti ia satu petanda virus COVID-19 sudah berada dalam masyarakat secara berleluasa dan risiko jangkitan semakin tinggi.

“Sungguhpun trend penurunan kes harian agak memberangsangkan tetapi kita belum memenangi peperangan melawan pandemik ini.

“Seperti yang diramalkan sebelum ini, kita berada dalam trend “yo-yo”, sekejap turun dan sekejap naik…

“Sikap kita sendiri yang akan menentukan bagaimana trend akan datang ditentukan,” tegasnya.

Katanya lagi, hanya pematuhan kepada semua Prosedur Operasi Standard (SOP) secara total dan konsisten adalah benteng utama menghindar jangkitan virus ini.

“Memperolehi vaksin yang lengkap bukan sahaja meninggikan imuniti badan kita tetapi dapat mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan kita terhindar daripada kesan teruk virus COVID-19 sekiranya dijangkiti.

“Vaksin boleh menyelamatkan kita dan ahli keluarga kita daripada kematian akibat sakit jangkitan virus,” jelasnya.

Sebanyak 291 kes atau 57.7 peratus kes yang direkodkan hari ini adalah kes yang berlaku sepanjang 24 jam yang lalu dan selebihnya kes lewat daftar melebihi dua (2) hari setelah keputusan saringan diketahui.

Walaubagaimanapun kata Masidi, cuma satu (1) kes yang didaftar lewat melebihi LIMA (5) hari.

Sebanyak 92.06 peratus kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala enam (6) kes dalam Kategori 3, tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5.

Sebanyak 29 kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 60 (80)
Penampang – 44 (48)
Tuaran – 41 (33)
Beaufort – 31 (31)
Papar – 30 (25)
Kota Marudu – 29 (29)
Kota Belud – 29 (59)
Keningau – 28 (38)
Ranau – 24 (52)
Tenom – 23 (21)
Lahad Datu – 19 (28)
Pitas – 19 (19)
Kudat – 15 (32)
Tawau – 14 (13)
Tambunan – 13 (8)
Beluran – 13 (17)
Kinabatangan – 11 (14)
Kuala Penyu – 10 (10)
Sandakan – 10 (13)
Tongod – 10 (0)
Putatan – 8 (22)
Kunak – 6 (5)
Semporna – 4 (5)
Nabawan – 4 (12)
Kalabakan – 4 (1)
Telupid – 3 (9)
Sipitang – 2 (15)