Polis Australia Tahan Lelaki Warganegara Malaysia Dengan Heroin Bernilai RM582 Juta

Polis Australia Tahan Lelaki Warganegara Malaysia Dengan Heroin Bernilai RM582 Juta

0
SHARE
Paket rampasan dadah jenis heroin yang dibalut kertas merah dengan tulisan huruf Cina...(Sumber: Polis Pesekutuan Australia)

MELBOURNE, AUSTRALIA – Seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan sekali dengan rampasan dadah jenis heroin terbesar negara ini bernilai lebih RM582 juta ringgit pada 29 September lalu.

Polis persekutuan Australia dalam sebuah kenyataan semalam berkata keseluruhan dadah seberat 450kg merangkumi 1,290 paket yang dibalut kertas merah dengan tulisan huruf Cina.

Penemuan di Pelabuhan Melbourne itu selepas kontena di bawah penyeliaan lelaki terbabit, yang turut mengandugi jubin seramik bagi mengaburi mata penguatkuasa, diselongkar.

Siasatan lanjut polis mendapati kiriman tersebut berasal dari Malaysia dan ditujukan kepada sebuah syarikat di Melbourne.

Sumber berita BBC memetik Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Krissy Barrett sebagai berkata kejayaan terbabit adalah hasil kerjasama erat antara pihak polis antarabangsa.

“Kami menjalin hubungan erat bersama Polis Diraja Malaysia khususnya bahagian Narkotik…

“Kami akan terus berkerjasama dalam mengenal pasti dan membanteras dalang sindiket jenayah antarabangsa yang bergerak meruntuhkan bangsa hanya demi mengaut keuntungan besar,” katanya.

Menurut beliau, setiap dua (2) kilogram daripada rampasan dadah terbabit telah menyelamatkan sekurang-kurangnya satu (1) nyawa orang Australia.

“Selain tangkapan, seramai 225 nyawa dapat diselamatkan daripada cengkaman dadah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, lelaki Malaysia yang terbabit mungkin boleh melihat akhir hayatnya dari dalam penjara Australia jika disabit kesalahan memiliki dan menyeludup jumlah dadah sebesar itu.