PENAMPANG, SABAH – Warga Penampang yang terjejas dengan bencana banjir ketika ini di beberapa kawasan Penampang mengecam wakil rakyat Moyog Datuk Darell Leiking kerana tidak kelihatan untuk tampil membantu mangsa banjir di kawasan terlibat di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog.
Darrell yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah berhadapan dengan kritikan awam susulan kelibat beliau tidak kelihatan semasa rakyat di kawasan DUN Moyog berada dalam situasi sukar yang mana ketika air mula melimpah naik sehingga memaksa ratusan orang terpaksa dipindahkan.
Menurut seorang mangsa banjir yang enggan namanya disebut berkata, setakat ini Ahli Parlimen Penampang Ewon Benedick dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Ceasar Mandela Malakun sahaja dilihat bersama dengan mangsa-mangsa banjir di pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang termasuk di kawasan yang terjejas.
Menurut beliau lagi, sepatutnya sejak hari pertama lagi Darell perlu berada di lapangan membantu mangsa banjir.
Malahan, Azis Jamman pemimpin Warisan yang cukup vokal bersuara sebelum ini termasuk Shafie Apdal sehingga kini juga tidak kelihatan berada di lapangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Beliau turut percaya dalam masa sehari dua ini Shafie termasuk Darell dan Azis Jamman akan turun sambil mengotorkan seluar dan baju mereka dengan tanah lumpur sambil.membuat ‘LIVE’ di media sosial kononnya mereka juga turun padang membantu.
Seorang lagi mangsa banjir turut mengecam Darell termasuk Shafie Apdal dan Azis Jamman dengan kenyataan “alasan kononnya Darell adalah wakil rakyat pembangkang sehingga tidak boleh turun membantu sangat tidak masuk akal, sepatutnya Darell boleh bersama-sama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memantau rakyat di bawah Dun Moyog, tetapi malangnya Darell menghilangkan diri di saat rakyat sangat memerlukan khidmat beliau”.
Beliau turut mengecam Bung Moktar dan barian pemimpin UMNO Sabah kerana tidak kelihatan membantu mangsa banjir.

“Rakyat Sabah sepatutnya buka mata seluas-luasnya dengan melihat apa pemimpin Warisan dan UMNO buat semasa rakyat berhadapan dengan kesusahan…
“Sebab itu kedua-dua parti ini wajar ditolak pada PRN akan datang,” katanya lagi.
Tinjauan di laman sosial Facebook Darell turut mendapati tidak ada aktiviti bantuan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan yang terjejas sebaliknya hanya menyelia air yang diagihkan oleh Majlis Daerah Penampang ke Taman Penampang Apartmen.


Setakat ini bantuan yang diberikan oleh Parti Warisan hanya melalui Wira Sepanggar di mana bantuan bungkusan makanan termasuk air mineral diberikan kepada mangsa banjir.
Dalam pada masa yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji dilihat juga telah turun padang bagi membantu mangsa banjir termasuk barisan pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang diketuai oleh Datuk Fairuz Renddan.
VIDEO Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Penampang…









