SESB Komited Tingkatkan Amalan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar

SESB Komited Tingkatkan Amalan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan tumpuan kepada peningkatan pengurusan berkaitan aspek keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar dalam pengurusan kerja seharian.

Pendekatan ini diambil bagi memastikan aspek-aspek keselamatan dan kelestarian alam sekitar diberikan keutamaan oleh setiap anggota kerja dan kontraktor berdaftar SESB sebagai menyahut agenda negara melestarikan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Satu simposium SESB HSE Symposium 2022 yang bertemakan HSE Nadi ESG telah diadakan di Sabah International Convention Centre dan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim pada 7 November, 2022.

Simposium selama dua hari itu memberikan peluang kepada seramai 350 peserta terdiri daripada warga kerja SESB, Vendor dan Kontraktor berdaftar SESB untuk mendapatkan perkongsian mengenai keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kepentingan ESG.

“Penganjuran program simposium ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar di tempat kerja, berkongsi maklumat, pengetahuan dan amalan-amalan terbaik keselamatan; dan juga mempromosikan budaya kerja selamat di dalam kalangan anggota kerja dan para kontraktor berdaftar SESB”.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian simposium tersebut.