PWAJAH Sokong Misi Penanaman 100 Juta Pokok Menjelang 2025

PWAJAH Sokong Misi Penanaman 100 Juta Pokok Menjelang 2025

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Wanita Jabatan Perhutanan Sabah (PWAJAH) menyokong misi penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

Pengerusinya, Rosita Lymi berkata, PWAJAH mendukung visi dan misi Jabatan Perhutanan Sabah antaranya Program Penghijauan Malaysia di samping meningkatkan semangat persaudaraan serta persefahaman ahli-ahlinya yang berbilang kaum.

“Pada 15 Oktober ini, PWAJAH akan bekerjasama dengan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sandakan melaksanakan aktiviti penanaman 200 pokok melibatkan seramai 50 orang ahli dan 600 pelajar…

“PWAJAH ditubuhkan pada 1984 dan penyertaannya terbuka kepada anggota-anggota wanita Jabatan Perhutanan selain isteri para kakitangan,” katanya selepas kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, pada Khamis.