Malaysia Berpendirian Teguh Tidak Layan, Iktiraf Sebarang Tuntutan Ke Atas Sabah

Malaysia Berpendirian Teguh Tidak Layan, Iktiraf Sebarang Tuntutan Ke Atas Sabah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Malaysia menerusi Kerajaan Persekutuan tetap berpendirian teguh tidak akan melayan atau mengiktiraf sebarang tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana pihak ke atas negeri Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan negeri Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan bukan sebuah wilayah yang boleh dipertikaikan.

Dalam sesi sidang di Dewan Rakyat semalam, Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN – Kota Belud) mengemukakan soalan lisan kepada Saifuddin berkenaan tindakan kerajaan terhadap tuntutan Filipina dan Kesultanan Sulu ke atas Sabah dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal diadakan pada bulan November ini di Kemboja.

Isnaraissah Munirah Majilis…

Menjawab soalan terbabit, Saifuddin menjelaskan perkara berhubung tuntutan tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat rasmi ASEAN.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan isu tersebut adalah bersifat dua hala.

“Kita juga berpendapat buat masa ini tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu sedang diatasi melalui proses perundangan,” katanya.