Panglima 5 Briged Kunjungi Tun Juhar

Panglima 5 Briged Kunjungi Tun Juhar

0
SHARE
Juhar
Mohd Zamri (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata khas kepada Tun Juhar (dua dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Panglima Briged Kelima (5 Briged) Infantri Malaysia Ke-36, Brigedier Jeneral Mohd Zamri Abdullah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Kunjungan di Istana Seri Kinabalu pada Selasa tersebut diadakan bagi memperkenalkan diri sebagai Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Ke-36 Markas Kem Paradise Kota Belud yang baharu berkuatkuasa 17 April lalu.

Beliau menggantikan Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Ke-35, Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusuf yang bertukar ke Cawangan Sumber Manusia Angkatan Tentera Darat sebagai Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan.

Pada kunjungan tersebut, beliau dan Tun Juhar bertukar-tukar pandangan tentang isu keselamatan negeri selain turut memaklumkan Tun Juhar perkembangan terkini kesiapsiagaan aset. — JABATAN PENERANGAN SABAH