Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah Terus Meningkat Kepada 1,514 Kes Hari...

Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah Terus Meningkat Kepada 1,514 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian baharu positif COVID-19 di Sabah terus meningkat dan sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,514 KES pada hari ini.

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara ini sudah dijangkakan dengan kadar jangkitan yang dilihat semenjak beberapa hari yang lalu.

Katanya penambahan 131 kes baharu berbanding 1,383 kelmarin banyak dipengaruhi oleh kenaikan mendadak kes di daerah Penampang iaitu hampir tiga kali ganda dari 80 kes kelmarin kepada 228 kes hari ini.

“Sebanyak 60.5 peratus kes di Penampang adalah kontak rapat dan selebihnya dikesan melalui saringan bergejala…

“Keningau menambah 61 kes baharu hari ini, Papar menambah 53 kes dan Beluran menambah 46 kes berbanding jumlah kelmarin,” jelasnya dalam rumusan harian kes hari ini.

Kota Kinabalu kekal sebagai daerah kes tertinggi dengan jumlah 263 kes meskipun melihat penurunan 63 kes jika dibandingkan dengan jumlah kelmarin.

“Secara keseluruhan 925 atau 61 peratus kes hari ini melibatkan kontak rapat, 331 atau 21.8 peratus adalah melalui saringan bergejala & 118 atau 7.8 peratus datang daripada kluster sedia ada…

“Seramai TIGA (3) orang yang disahkan positif pada hari ini masing-masing berada dalam kategori EMPAT (4) dan LIMA (5) virus tersebut,” katanya.

Satu kluster baru di Batu 27, Sook turut dikesan. Seramai 55 individu dari kawasan berkenaan telah disahkan positif setakat ini.

Rumusan 1,514 KES di Sabah daripada jumlah 20,780 kes baharu yang dikesan di seluruh negara hari ini adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu – 263
Penampang – 228
Keningau – 140
Tawau – 137
Sandakan – 104
Papar – 92
Tuaran – 83
Beluran – 78
Kota Belud – 49
Beaufort – 40
Putatan – 36
Kalabakan – 30
Sipitang – 29
Kuala Penyu – 26
Telupid – 23
Lahad Datu – 23
Kota Marudu – 23
Tenom – 22
Tambunan – 19
Kunak – 15
Ranau – 14
Pitas – 12
Tongod – 9
Semporna – 6
Kinabatangan – 6
Kudat – 5
Nabawan – 2