Pemandu Teksi Yang Mengamuk Di KKIA Sebelum Ini Telah Meninggal Dunia

Pemandu Teksi Yang Mengamuk Di KKIA Sebelum Ini Telah Meninggal Dunia

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pemandu teksi yang melanggar beberapa kereta rakan sekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dalam keadaan mengamuk TIGA (3) minggu lalu telah meninggal dunia.

Akhbar harian tempatan OCDN melaporkan lelaki berbangsa Cina berumur 65 tahun terbabit merupakan seorang pesakit buah pinggang yang rosak.

Menurut pihak polis, mendiang juga menghidap penyakit darah tinggi yang mengakibatkannya pengsan semasa kejadian pada Julai 19 lalu.

Tindakan amarah lelaki itu dipercayai berpunca kerana dipotong barisan menunggu penumpang.

Difahamkan bahawa rakan sekerjanya terpaksa melakukan demikian kerana lelaki tersebut tidak dapat dijumpai setelah penumpang lama menunggu.

Pemandu yang mengamuk dilihat terlentang baring buat seketika seolah-olah pengsan sebelum kembali duduk dalam keretanya…

Presiden Persatuan Limosin dan Teksi KKIA Shamsuddin Mohd Shah mengesahkan kematian itu.

“Mental arwah (mendiang) tertekan dengan stress kehidupan di samping menjalani rawatan dialisis…

“Kami telah cuba membantu beliau dengan sebaik mungkin,” katanya.

Jelasnya, disebabkan masalah peribadi mendiang telah putus hubungan dengan isteri dan anak-anaknya.

“Beliau juga tidak mempunyai rumah dan kerap tidur di kawasan awam atau di dalam keretanya,” katanya lagi.

Difahamkan juga pemilik-pemilk kereta yang dirempuh mendiang tidak mengambil sebarang tindakan sewaktu dia masih hidup.

Mayat lelaki terbabit dijadualkan untuk dibakar mengikut adat resam Cina esok hari.