SOGIP Puji Tindakan Pantas Polis Selesaikan Kes Penipuan Projek Tukar Lampu LED,...

SOGIP Puji Tindakan Pantas Polis Selesaikan Kes Penipuan Projek Tukar Lampu LED, Pembersihan Taman

0
SHARE
Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP)...

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) memuji tindakan pantas pihak Polis dalam menyelesaikan kes penipuan tawaran projek penukaran lampu LED dan pembersihan taman SOGIP.

Pada 31 Disember lalu, seorang lelaki telah ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah Komersial selepas disyaki menipu ENAM (6) orang kontraktor sehingga mengalami kerugian RM 710,000 dengan janji projek palsu tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek dalam tempoh ENAM (6) bulan berjaya “memancing” mangsa-mangsa untuk menyerahkan wang mereka secara berperingkat.

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan di bawah Seksyen 420.

Dalam pada itu, Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC), Mohd Azman Haji Lajim, menafikan pelantikan mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengaitkan pihaknya dengan perlaksanaan projek yang disebut.

Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC), Mohd Azman Haji Lajim…

“Pihak kami SOGDC iaitu syarikat yang bertanggungjawab ke atas SOGIP mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas dengan tindakan pantas pihak Polis Kota Kinabalu yang berjaya menyelasaikan kes ini dengan tertangkapnya suspek,” katanya menurut satu kenyataan hari ini.