TAIPING, PERAK – Sebuah video berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kereta di media sosial baru-baru ini.
Lelaki itu bertindak demikian kerana anjing peliharaannya dilanggar sehingga mati.
Dia memecahkan cermin belakang sebuah kereta jenis Mazda yang dimiliki seorang pemandu wanita menggunakan sebatang besi kerana berang anjing peliharaannya dilanggar mati.
Susulan kes itu, dua orang lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Crystal Greek Residence, di sini.
Menurut Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan.
“Dua orang lelaki berusia 29 dan 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan…
“Mereka masih disoal siasat dan akan dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan.





