Pemuda Tertusuk Besi Di Perut Ketika Menuai Sawit

Pemuda Tertusuk Besi Di Perut Ketika Menuai Sawit

0
SHARE
Bomba

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 21 tahun dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent akibat tertusuk besi pengutip kelapa sawit di bahagian perutnya ketika menuai di sebuah estet sini.

Walau bagaimanapun, kepakaran pasukan bomba dipanggil pada jam 10.35 pagi tadi bagi memotong besi tersebut.

Mengikut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai empat anggota diketuai Mohd Shahril Akmal Sudikin bergegas ke lokasi.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi dengan menggunakan mesin grinder.

“Operasi seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk memberikan rawatan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi kemudiannya tamat pada jam 11.07 pagi.