Warga Emas Maut Dalam Kereta Dihempap Batu

Warga Emas Maut Dalam Kereta Dihempap Batu

0
SHARE
Bomba
Keadaan kenderaan mangsa yang maut dihempap batu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TENOM, SABAH – Seorang warga emas berusia 65 tahun maut selepas sebuah batu dari atas bukit menghempap kereta Ford Ranger yang dipandunya di Kuala Tomani, Mansaam pada Rabu.

Mangsa, Ho Ka Cheong, ditemui dalam keadaan tersepit oleh sepasukan lima anggota Bomba daerah yang bertindak kepada panggilan 12.27 tengah hari itu.

“Pasukan bomba ke lokasi kejadian sejauh 45KM dan seterusnya menaiki kenderaan orang awam sejauh 10KM melalui jalan tidak berturap (laluan lori balak).

“Mangsa dikeluarkan dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi di lokasi kira-kira 55 kilomoter dari balai itu kemudian tamat pada jam 3.22 petang.