Azhar Harun Dicalonkan Sebagai Speaker Dewan Rakyat Dan Azalina Sebagai Timbalan

Azhar Harun Dicalonkan Sebagai Speaker Dewan Rakyat Dan Azalina Sebagai Timbalan

0
SHARE

PETALING JAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun dan bekas menteri Azalina Othman Said masing-masing dicalonkan sebagai pengganti Speaker Dewan Rakyat, Ariff Yusoff dan timbalannya, Nga Kor Ming dalam satu suatu usul.

Azalina Othman Said…

Memetik laporan portal berita FMT, aturan urusan mesyuarat yang menyenaraikan perbahasan dan usul sidang Dewan Rakyat akan datang yang akan mula bersidang pada 13 Julai ini termasuk usul Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang mahu menyingkir Ariff dan Nga.

“Aturan urusan mesyuarat seharusnya sudah keluar sekarang. Ya, memang ada usul itu,” kata Ariff yang membenarkan usul itu dibentangkan.

“Saya ikut peraturan.”

Terdahulu, pelantikan Mohamad Ariff dan Nga Kor Meng adalah ketika di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH).