KKM Laporkan 15 Orang Sembuh, 5 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

KKM Laporkan 15 Orang Sembuh, 5 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 5 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,668 orang.

DARIPADA 5 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT tiga (3) KES IMPORT.

SEBANYAK 2 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 1 KES (kuala lumpur) DARI KALANGAN Bukan WARGANEGARA dan 1 kes (selangor) lagi dari kalangan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 11 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,476 orang bersamaan dengan 97.78% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah…

Menurutnya lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 2 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.40%.