SALAM AIDILADHA 1442H, IKHLAS DARIPADA SABAH NEWS

SALAM AIDILADHA 1442H, IKHLAS DARIPADA SABAH NEWS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dengan tulus ikhlas dan penuh rendah diri, krew sabahnews.com.my mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1442 H/2021 M (TAHUN 2021)’.

TIADA AMAL TANPA KEIKHLASAN TIADA AMPUNAN TANPA MAAF DARI SESAMA manusia, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Di kesempatan ini, Sabah News mengingatkan agar kita sentiasa terus mengamalkan SOP yang telah disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika sambutan Aidiladha kali ini dan membudayakan norma baharu (new norm) dalam usaha kita bersama mengekang penularan COVID-19 yang masih ada dalam komuniti kita.

Untuk peringatan bersama, berikut adalah ringkasan SOP khusus untuk sambutan Aidiladha di Negeri Sabah;

1. Rumah Terbuka, jamuan, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan sempena sambutan Aidiladha 1442 H/2021 M adalah tidak dibenarkan;

2. Bilangan jemaah di masjid atau surau untuk solat sunat Aidiladha, solat jumaat dan solat lima waktu adalah dikurangkan kepada 1/3 kapasiti ruang atau maksima 30 orang jemaah yang mana lebih rendah;

3. Bilangan pengendali sembelihan binatang korban adalah dikurangkan kepada 15 orang sahaja;

4. Semua aktiviti perayaan Aidiladha 1442 H/2021 M di lokaliti PKPD adalah tidak dibenarkan.

Jadikan perayaan ini sebagai pengalaman baharu buat kita semua, dan bukannya kenangan pahit.

SALAM aidiladha DARI KAMI DI SABAHNEWS.COM.MY…