KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan 651 KES baharu COVID-19 kelmarin (Khamis) dengan DUA (2) kematian dilaporkan masing-masing dari daerah Kota Kinabalu dan Sipitang.
Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata DUA (2) kluster baharu turut dikesan di daerah Kinabatangan dan Papar.
“Kluster Angsana adalah kluster dalam kategori komuniti dan berlaku Di Kampung Pauh Mukim Buang Sayang…
“Kes indeks merupakan lelaki, warganegara Indonesia, 21, pekerja ladang (penyabit) di sebuah ladang sawit persendirian.
“Aktiviti saringan kontak rapat kemudian mengesan 23 kes positif COVID-19 dalam kalangan kontak keluarga, sosial dan tanggungan,” katanya.
Kluster Angsana di Papar juga melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti .
“Kluster ini mula dikesan apabila pesakit buah pinggang, wanita, 66, yang menjalani rawatan di unit dialisis swasta di Jalan Lintas, Kepayan tiga kali seminggu…
“Tujuh (7) kes baharu pada hari ini melibatkan kontak rapat di Kg Seberang Benoni, Kg Takis, Kg Surati dan Taman Aman Suria di Papar,” jelasnya.
Tambah Masidi, saringan kluster positif baharu yang teringgi iaitu 146 kes berpunca dari Kluster Tembok yang melibatkan banduan di Penjara Kepayan Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, enam (6) lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa dari 21 Julai sehingga 8 Ogos.
“Ini termasuk Kampung Marau di Sipitang, Kampung Pituru di Kinarut, Papar, Kampung Meruntum di Putatan…
“Empat lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre, Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung Salut di Telipok.
“Kampung Kebawang, di Sipitang dan dua Lokaliti dalam daerah Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2,” katanya.