Angkara Facebook, Suami Tetak Isteri

Angkara Facebook, Suami Tetak Isteri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki berbangsa Timor ditangkap selepas dia dituduh menetak isterinya yang disyakinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain melalui laman media sosial Facebook di Kg. Bawan, Membakut pada Jumaat lepas.

Memetik kenyataan akhbar Harian Ekspres, wanita (mangsa) yang berbangsa Kadazan, 45, dikejarkan ke Hospital Beaufort selepas dia ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di belakang kedai runcitnya yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kerana kecederaannya yang serius. Keadaannya tidak dapat disahkan untuk ketika ini.

Suaminya yang merupakan seorang penoreh getah, 52, dari Kg. Bawan, seorang Penduduk Tetap yang berasal dari Indonesia, ditahan oleh saudara mereka yang menyerahkannya kepada pihak polis berikutan insiden pada jam 9.30 pagi tersebut.

Ketua Polis Beaufort, DSP Azmir Abd Razak berkata sebilah parang yang dipercayai digunakan ketika serangan itu turut dijumpai. Penemuan awal menunjukkan perasaan cemburu mendorong lelaki itu untuk menetak isterinya selepas berfikir dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki di Facebook.

Anak perempuan pasangan itu juga berkata ibu bapanya kerap bertengkar sejak awal tahun ini, dengan ibunya kerap meminta cerai. Pada Februari, wanita itu meninggalkan rumah mereka dan tinggal di kedai runcitnya yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

Pada masa kejadian, seorang jiran mendakwa terdengar pasangan itu bertengkar dan melihat lelaki itu menetak isterinya itu di bahagian bahu sebelum melarikan diri.

Perkara ini mendorong jiran tersebut untuk menjerit meminta pertolongan dan mendapatkan bantuan daripada jiran lain.