TERENGGANU – Kegembiraan 18 penuntut sebuah kolej swasta dari Kubang Kerian, Kelantan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas di Air Terjun Lata Tembakah, Hulu Besut, hari ini.
Memetik kenyataan laporan online Iris Group, ketika kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Nurhaqkim Rostam, 18, pergi ke tingkat empat air terjun itu untuk mandi-manda bersama sekumpulan enam rakan lain.
Rakannya, Ahmad Irfan Ahmad Khakid, 18, yang berada di atas tebing, ternampak mangsa tenggelam dan timbul serta melambai-lambai tangan.
“Saya sangkakan mangsa bergurau tetapi tidak lama kemudian mangsa tenggelam,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut.
Mangsa adalah pelajar tahun akhir dalam bidang automotif di Kolej Stonia, Kubang Kerian, Kelantan.