KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengesahkan akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung bantuan rangsangan COVID-19, Jana Wibawa.
Memetik sumber Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan Tengku Zafrul akan dirakam dalam tempoh terdekat ini
“Keterangan Tengku Zafrul akan diambil pada masa terdekat untuk membantu siasatan berhubung dengan projek Jana Wibawa.
“Siasatan sedang dijalankan dan adalah tidak wajar untuk individu yang dipanggil memberi keterangan membuat kesimpulan sendiri sama ada mereka dipanggil sebagai saksi ataupun suspek,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, Azam Baki mengesahkan memanggil dan merakam keterangan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kes terbabit.
Baru-baru ini, Muhyiddin mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan terbabit
Siasatan berhubung kes terbabit dijalankan mengikuti Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009.





