Dari Dapur Restoran ke Dunia Ramalan – Analisa Musli Oli Konon GRS...

Dari Dapur Restoran ke Dunia Ramalan – Analisa Musli Oli Konon GRS Tumbang Terbukti Paling ‘Ke Laut’

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ramalan penganalisis politik kesayangan pro-UMNO, Musli Oli, sekali lagi menjadi bahan jenaka politik Sabah apabila analisis beliau mengenai PRN-17 terbukti bukan saja salah, tetapi tersasar jauh sampai ke tengah laut.

Dengan penuh keyakinan, Musli meramalkan GRS hanya menang 11 kerusi, sementara UMNO–BN kononnya bakal menguasai 22 kerusi dan Warisan 23 kerusi.

Tangkap layar (screenshot) pada laman media sosial (Facebook) milik Musli Oli berhubung ramalan penganalisis politik Musli Oli pada PRN-17 Sabah baru-baru ini…

Realitinya, keputusan PRN-17 memberikan tamparan paling kuat kepada “penganalisis” ini, GRS menang 29 kerusi, Warisan 25, dan UMNO–BN hanya tinggal sisa 6 kerusi.

Keputusan rasmi PRU-17 Sabah…(Sumber Foto: BH)

Bagi pemerhati politik Sabah, ramalan Musli dianggap paling meleset dan paling melucukan, seolah-olah dibuat bukan berdasarkan data atau realiti, tetapi berdasarkan angan-angan yang tidak berpijak di bumi.

Tangkap layar (screenshot) daripada laman media Facebook milik Naim Moktar mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya di mana anak kepada Allahyarham Bung Moktar ini telah memuji Musli Oli sebagai penganalisis politik berpengalaman…

Ramai juga hairan bagaimana seseorang yang lebih dikenali kerana mengurus restoran makanan boleh tiba-tiba muncul sebagai “penganalisis politik paling lantang” menjelang PRN, sedangkan ramalan beliau langsung tidak selari dengan sentimen pengundi.

Lebih pedih lagi, tulisan Musli sebelum PRN-17 jelas cuba membina perang saraf untuk melemahkan keyakinan rakyat terhadap GRS.

Namun usaha itu bukan saja gagal, malah memalukan dirinya sendiri apabila rakyat Sabah memilih sebaliknya dan menolak naratif beliau bulat-bulat dan memberikan mandat besar kepada GRS.

Cakap-cakap kedai kopi pula mendakwa Musli mungkin “dibayar” pihak tertentu untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Tangkap layar (screenshot) daripada laman media sosial Facebook milik Musli Oli…

Walaupun dakwaan itu tidak dapat disahkan, persepsi tersebut semakin kuat apabila Musli muncul begitu agresif melalui podcastnya “Sekali Ketuk”, yang hampir setiap episod menjadikan Hajiji dan pemimpin GRS sebagai sasaran.

Tetapi akhirnya, apa yang dikejar tak dapat, apa yang dibawa tercicir pada PRN-17 yang mana telah menghancurkan semua propaganda yang cuba dibina.

Lebih memalukan lagi, Musli turut dikaitkan dengan beberapa individu kontroversi yang sudah lama mencari peluang menjatuhkan GRS.

Musli Oli dalan satu sesi podcast bersama Albert Tei…

Namun segala usaha itu berakhir dengan kegagalan mutlak.

GRS bukan sahaja tidak tumbang seperti ramalan beliau, malah kekal sebagai blok paling stabil dan kukuh membentuk kerajaan negeri.

Tidak hairanlah apabila semakin ramai yang berpendapat Musli lebih wajar kembali memberi tumpuan kepada restorannya berbanding terus mengeluarkan ramalan politik yang sering “ke laut”.

Musli Oli…

Ada yang menyindir bahawa Pak Atan iaitu penyewa yang menjual pisang goreng di premisnya lagi mempunyai rekod prestasi jauh lebih baik berbanding Musli; sekurang-kurangnya pisang goreng Pak Atan memang laku keras dan konsisten.

Malah ada yang berkata Musli mungkin lebih sesuai belajar membuat pisang goreng daripada Pak Atan, kerana hasilnya pasti tidak seteruk ramalan politik beliau yang setiap kali ‘digoreng’, berakhir terus masuk longkang.

Penulis:
Hassan Abdullah Jhon
14 Disember 2025

PENAFIAN:
Artikel ini merupakan kiriman seorang pengikut SabahNews2.0 bernama Hassan. Segala dakwaan, pandangan dan kenyataan dalam artikel ini adalah sepenuhnya tanggungjawab penulis dan tidak mewakili pendirian, pandangan atau tanggungjawab SabahNews 2.0. SabahNews 2.0 hanya menyiarkan kiriman ini sebagaimana diterima untuk tujuan laporan.