Harimau Berkaki Tiga Diburu Di Thailand

Harimau Berkaki Tiga Diburu Di Thailand

0
SHARE
Satu rakaman video menunjukkan seekor harimau berkaki tiga berjalan melalui hutan di Taman Negara Khao Laem pada 6 Februari lalu. - Foto Freeland…

BANGKOK, THAILAND – Pasukan renjer Thailand sedang giat menjejaki seekor harimau berkaki tiga di hutan terpencil di sempadan Myanmar.

Menerusi video yang dirakamkan oleh kamera yang dikendalikan dari jarak jauh di hutan Taman Negara Khao Laem, wilayah Kanchanaburi, harimau itu sedang mendekati bangkai seekor kerbau.

Kaki kanan belakangnya kelihatan telah hilang dalam rakaman video tersebut…

Kamera itu merakamkan haiwan berkenaan berjalan mundar-mandir di sekeliling bangkai haiwan tersebut pada malam Ahad lalu di dalam hutan tebal.

Justeru, pakar sebuah organisasi perlindungan hidupan liar Freeland risau bahawa harimau betina yang bergerak perlahan itu akan menjadi sasaran pemburu haram atau menjadi mangsa kelaparan.

Organisasi Freeland yang bekerjasama dengan Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand berharap dapat memindahkan harimau tersebut ke kemudahan kerajaan yang mana ia boleh mendapat makanan dan keselamatan binatang itu yang terjamin.

Ia juga berharap ubat penenang dapat ditembak ke atas haiwan itu sebelum ia terlibat dengan proses pemindahan.