Pendaki Segera Diusung Turun Kinabalu Setelah ‘Keteguran’

Pendaki Segera Diusung Turun Kinabalu Setelah ‘Keteguran’

0
SHARE

RANAU, SABAH – Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mula meracau di KM 4 lalaun pendakian pada jam 7 malam semalam segera diusung turun Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata mangsa wanita berusia 50an terbabit dipercayai mengalami ‘keteguran’…

Seorang anggota bomba sedang berbual bersama mangsa…

“Lima anggota pasukan Mosar diketuai PBB Quintin Gangok telah bergegas ke lokasi dan membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk dibawa ke rumah penginapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi memakan masa empat jam dan ditamatkan pada jam 1.20 pagi hari ini.