KDN Salur Peruntukan RM500,000 Untuk Kerja Naik Taraf, Baik Pulih Balai Polis...

KDN Salur Peruntukan RM500,000 Untuk Kerja Naik Taraf, Baik Pulih Balai Polis Karakit

0
SHARE
Sesi lawatan kerja Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Pulau Banggi, Kudat..(Ihsan Foto: KDN)

KUDAT, SABAH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Balai Polis Karakit di Pulau Banggi.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata peruntukan tersebut dilihat pihaknya mampu meningkatkan tahap keselamatan dan memberi perkhidmatan lebih baik untuk semua penduduk Pulau Banggi.

Katanya, penduduk di Pulau Banggi juga boleh membuat laporan kelahiran dan kematian di balai polis tersebut pada setiap bulan sebelum tindakan diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Sebuah bot Polis Marin juga akan ditempatkan di Pulau Banggi bagi tujuan rondaan keselamatan,” katanya dalam kenyataan selepas sesi lawatan kerjanya di sini, semalam.

Sesi lawatan kerja Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Pulau Banggi, Kudat..(Ihsan Foto: KDN)

Selain itu, Hamzah turut menyatakan sebanyak 30 dokumen pengenalan berbentuk Sijil Kelahiran, Mykad dan Mykid telah diserahkan menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang dilaksanakan di pulau tersebut.

Sesi lawatan kerja Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Pulau Banggi, Kudat..(Ihsan Foto: KDN)

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan Balai Polis Karakit harus dinaik taraf untuk keselesaan kepada anggota selain meningkatkan keselamatan dan perairan sekitar pulau terbabit.