
PITAS, SABAH – Kesemua Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah yang lusuh di Pitas Bay View diganti baharu oleh para peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024.
Konvoi yang masuk hari ke-18 dalam siri penjelajahannya berada di daerah tersebut pada Ahad.
Terletak kira-kira 9.7km dari Pekan Pitas, destinasi pelancongan yang dirasmikan pada Osiagos 2020 itu semakin popular bagi aktiviti riadah bersama rakan-rakan serta keluarga. — JABATAN PENERANGAN SABAH