Polis Siasat Kes Lelaki Maut Jatuh di Aru Suites, Tg Aru

Polis Siasat Kes Lelaki Maut Jatuh di Aru Suites, Tg Aru

0
SHARE

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu mengesahkan seorang lelaki berumur 53 tahun maut selepas jatuh dari sebuah bangunan di Aru Suites, Tanjung Aru, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, berkata, pihaknya menerima makluman awal melalui talian kecemasan MERS 999 pada jam kira-kira 3.07 petang dan segera menggerakkan anggota ke lokasi untuk tindakan awal serta siasatan.

Menurut beliau, seorang juruteknik di The Aru Hotel terlihat objek disyaki manusia jatuh dari tingkat atas bangunan melalui rakaman CCTV.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans dari Hospital Queen Elizabeth 2,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa mangsa memasuki unit di tingkat 11 sebelum kejadian dan pemeriksaan awal oleh forensik mendapati kecederaan selari dengan jatuh dari tempat tinggi tanpa kecederaan luaran mencurigakan.