KOTA KINABALU, SABAH – Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun disengat lebah di bahagian belakang bahu setelah sebatang pokok tumbang menghempap kediaman di Kg Unggun Jaya, Lintas, sini, petang kelmarin.
Dalam insiden kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa sedang bersama sepupunya, 22, di bahagian dapur rumah terbabit.
Wanita tersebut pula dilaporkan telah mengalami kecederaan pada bahagian betis kaki kiri dan belakang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bertindak memotong dan mengalihkan dahan pokok…
“Kedua-dua mangsa terlibat mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Setelah tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya.