Kes Bunuh Pelajar 16 Tahun di Yong Peng: Tiga Rakan Sekelas Direman...

Kes Bunuh Pelajar 16 Tahun di Yong Peng: Tiga Rakan Sekelas Direman Enam Hari

0
SHARE

BATU PAHAT: Misteri kehilangan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat terjawab apabila mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan teruk di dalam dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, petang semalam.

Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemui tidak bernyawa oleh neneknya bersama beberapa rakan sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah.

Susulan kejadian tragis itu, pihak polis bertindak pantas menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga merupakan rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat mengesahkan kesemua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini (4 Oktober) selepas perintah reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret.

Siasatan awal mendapati mangsa, yang merupakan seorang anak yatim, hadir ke sekolah pada sesi petang Sabtu untuk mengikuti kelas tuisyen tambahan sebelum diserang.

Punca kematian disyaki akibat dipukul, dan kes kini diklasifikasikan serta disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sementara itu, pihak berkuasa meminta orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi liar di media sosial bagi menghormati privasi dan sensitiviti keluarga mangsa yang sedang berkabung.

— SabahNews