Kitab Al Quran Ditemui Dalam Longkang Cetus Kemarahan Orang Ramai

Kitab Al Quran Ditemui Dalam Longkang Cetus Kemarahan Orang Ramai

0
SHARE
Al Quran
Beberapa naskah kitab suci al-Quran yang berjaya dikutip dari longkang sebuah lombong di Gombak ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular )

GOMBAK, KUALA LUMPUR – Beberapa naskhah Al-Quran yang ditemui dalam longkang Taman Sri Murni di Gombak, mengundang kemarahan orang ramai.

Video tular di media sosial semalam menunjukkan sekumpulan kaki pancing mengutip kitab suci itu dari dalam air manakala beberapa lagi telah disusun di tepi sebuah jambatan.

Dipercayai lebih 10 naskhah berjaya dikumpul mana majoritinya nampak masih berada dalam keadaan yang baik.

Al Quran
Anak kepada perakam video tular terbabit sedang membersihkan senaskhah Al-Quran yang dikutip dari lumpur ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular )

Lelaki yang merakam video terbabit kesal dengan perbuatan si pelaku yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tengok lah zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita. Mana yang buat kerja, dia orang buang Al-Quran di dalam longkang.

“Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mana, Subhanallah!,” katanya.

Dalam pada itu, memetik sumber Sinar Harian, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengecam perbuatan itu sambil menyifatkannya sebagai satu penghinaan kepada setiap individu beragama Islam.

“Penghinaan terhadap Al-Quran boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya mengoyakkannya, mencontengkannya, mencampakkannya ke bumi lebih-lebih lagi ke tempat yang kotor, memijaknya atau membakarnya kecuali untuk tujuan pelupusan dan sebagainya.

“Jika enggan bertaubat, maka pihak berkuasa boleh melaksanakan hukuman bunuh terhadap mereka menurut hukum Islam, atau sebarang hukuman lain yang difikirkan boleh memberi pengajaran kepada masyarakat awam supaya tidak melakukan tindakan sama.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis agar pesalah boleh didakwa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman
sewajarnya,” katanya.

Katanya, pelupusan al-Quran perlu dilaksanakan mengikut proses yang betul iaitu dibakar dengan mesin khusus yang mana, abunya sama ada ditanam atau dicampak ke laut.

Al-Quran hanya harus dilupuskan sekiranya ia tidak dapat dimanfaatkan lagi atau jika terdapat banyak kesalahan dalam penulisan atau pencetakannya yang dibimbangi akan mengelirukan pembaca.

“Pelupusan lazimnya dibuat dengan cara yang penuh tertib demi memelihara kesuciannya seperti dibakar dengan menggunakan mesin khusus kemudian abunya ditanam atau dicampak ke laut,” katanya.