BANGKOK, THAILAND – Jumlah monyet liar yang semakin meningkat di daerah Petchaburi, Thailand menyebabkan pihak berkuasa negara itu mengambil keputusan untuk memandulkan monyet-monyet liar kerana mengancam sektor pelancongan.
Menurut laporan berita Thaiger, Kementerian Sumber Alam Semula Jadi dan Alam Sekitar memberitahu bahawa kehadiran monyet liar yang banyak di wilayah itu menggugat keselesaan pelancong kerana haiwan tersebut sering mencuri barangan milik mereka.
Setiap dearah, terdapat antara 1,000 hingga 1,500 ekor monyet dan angka ini meningkat kepada 3,000 di daerah Muang.
Keadaan tersebut, memaksa pihak berkuasa untuk bertindak bagi mengawal populasi monyet tersebut…
Sebanyak 600 ekor monyet telah ditangkap untuk dimandulkan sebelum dibebaskan semula, sejak beberapa tahun yang lepas.
Sampel darah turut diambil daripada monyet-monyet tersebut untuk membuat saringan sama ada ia berisiko membawa penyakit anjing gila.
Kawanan monyet di beberapa wilayah di Thailand diketahui sering memaparkan sikap agresif terutamanya di Lop Buri.
Di sebuah kawasan tokong terkenal yang digelar sebagai ‘tokong monyet’, Phra Prang Sam Yod, sering berlaku insiden pertarungan antara kawanan monyet yang berada di situ.