WHO Mohon Dana Dari Negara Kaya Bantu Biayai Program COVID-19

WHO Mohon Dana Dari Negara Kaya Bantu Biayai Program COVID-19

0
SHARE

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara kaya untuk menyumbangkan dana sebanyak AS$16 bilion (RM67 billion) dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Menurut laporan Euronews, keperluan dana tersebut itu bagi membangunkan lebih banyak vaksin untuk diedarkan ke negara-negara miskin yang masih rendah kadar imunisasinya.

Katanya, rangsangan dana segera terhadap Mempercepatkan Akses kepada Peralatan Membanteras Covid (ACT-A) itu berupaya menamatkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global pada tahun ini.

“Sains memberi kita alat untuk memerangi COVID-19 dan jika ia dikongsi secara global atas nama perpaduan, kita boleh segera menamatkan perang melawan COVID-19 pada tahun ini,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

ACT-A yang diterajui WHO bertujuan membangun, menghasil, memperoleh dan mengagihkan peralatan bagi menangani pandemik termasuk vaksin, ujian, rawatan serta peralatan perlindungan diri (PPE).

Kemudiannya ACT-A memperkenalkan COVAX, yang ditubuhkan untuk memastikan negara miskin mampu mengakses bekalan vaksin secara saksama berikutan negara kaya sudah menempah dos berlebihan dari negara pengeluar.

COVAX dilaporkan sudah mengagihkan bekalan berbilion dos vaksin pada pertengahan Januari…

Bagaimanapun, ACT-A memerlukan kira-kira AS$23.4 bilion (RM97.93 bilion) bagi menampung program yang dilaksanakan antara Oktober lalu sehingga September depan, namun sehingga kini hanya berjaya mengumpul AS$800 juta (RM3.35 bilion).

Tambah Tedros, faktor penularan pantas varian Omicron menjadikan keperluannya lebih mendesak untuk semua ujian, rawatan dan vaksin diagihkan secara saksama.

“Jika negara berpendapatan tinggi membayar bahagian saksama mereka daripada kos ACT-Accelerator, perkongsian itu boleh menyokong negara berpendapatan rendah dan sederhana.

“Ini termasuk usaha mengatasi tahap vaksinasi COVID-19 yang rendah, kekurangan kemampuan melakukan ujian dan mengatasi masalah kekurangan ubat-ubatan.”