TULAR VIDEO PEMANDU TEKSI MENGAMUK REMPUH KERETA DI KKIA

TULAR VIDEO PEMANDU TEKSI MENGAMUK REMPUH KERETA DI KKIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pemandu teksi ‘Airport Limo’ mengamuk dengan bertindak merempuh beberapa kereta sewa lain yang diletak di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang tadi.

Seorang pengguna Facebook, Arnilah Arsad mendakwa kejadian yang menyebabkan si pelaku “bertindak di luar jangkaan” dalam insiden 1 tengah hari itu kerana barisan menunggu pelanggan telah dipotong pemandu teksi lain.

Sumber foto dipetik daripada Facebook milik Arnilah Arsad…

Lelaki terbabit juga kelihatan terbaring buat seketika bersebelahan pintu pemandu selepas melawan jalan dan melanggar bahagian hadapan sebuah kenderaan yang diletak di kawasan parkir itu.

Pemandu yang dilihat terlentang baring buat seketika sebelum kembali duduk dalam keretanya…

Pengguna itu mengingatkan mereka yang melihat rakaman durasi 1 minit yang telah tular di laman sosial hari ini untuk memandang situasi tersebut dari nilai kemanusiaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Depresi mampu terzahir dengan tindakan yang membahayakan orang sekililing bukan saha ja dengan membunuh diri…

“Aku terfikir kalau yang melanggar itu Bapaku yang sedang mengalami depresi,” katanya.

Siasatan lanjut oleh pihak polis sedang giat dijalankan berhubung insiden ini.