Kerajaan Negeri Sokong Inisiatif Tingkatkan Kecemerlangan Akademik Melalui Komunikasi Digital

Kerajaan Negeri Sokong Inisiatif Tingkatkan Kecemerlangan Akademik Melalui Komunikasi Digital

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri sedang menangani masalah komunikasi digital dengan menaik taraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membina 400 yang baru di bawah Rancangan Jaringan Digital Nasional (Jendela).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam ucapan perayaan Hari Guru Negeri hari ini mengatakan bahawa pandemik COVID-19 menyukarkan guru untuk melaksanakan tugas merka dan tidak lagi terhad di bilik darjah.

“Pandemik telah mengubah kaedah pembelajaran secara drastik sehingga tidak lagi bersemuka seperti dahulu…

“Sebaliknya, platform pembelajaran digital telah menjadi kaedah pengajaran yang dominan,” katanya

Penggunaan aplikasi seperti Google Classroom dan Zoom selain WhatsApp dan Telegram untuk menjalankan pengajaran dalam talian adalah kaedah mengajar dan belajar yang baru.

Beliau berkata kerajaan memahami cabaran yang dihadap oleh guru dalam melakukan kelas dalam talian.

“Topografi Sabah mencabar dalam memastikan akses internet yang baik dan kreativiti daripada pihak guru dalam memastikan ilmu sampai ke semua pelajar amat dihargai…

“Saya juga sedar ada guru yang harus jauh berjalan kaki untuk menyampaikan bahan pembelajaran kepada pelajar mereka sementara sekolah juga melaksanakan pelbagai cara untuk memastikan anak-anak sekolah tidak ketinggalan dari pelajaran mereka. Untuk ini saya mengucapkan terima kasih,” katanya.

Katanya lagi kerajaan akan sentiasa menghargai dan menyokong usaha untuk meningkatkan profesion keguruan.

“Saya menyeru rakyat Sabah untuk terus menghormati guru kerana pada era siber ini kita sering mendengar banyak serangan tidak berasas terhadap profesion perguruan…

Walaupun pada hakikatnya, sukar bagi kita untuk membayar balik perbuatan dan sumbangan guru,” katanya.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus mengawasi pembangunan pendidikan di Sabah melalui agensi yang berkaitan dan menyokong semua inisiatif yang telah dirancang untuk meningkatkan pencapaian akademik negeri.

Dilakukan secara maya, Hari Guru Sabah 2021 juga menghormati guru untuk kecemerlangan.

Anugerah Kepimpinan Pendidikan tahun ini diberikan kepada bekas Pengarah Negeri Pelajaran, Datuk Hajah Maimunah Suhaibul sementara penghargaan Tokoh Guru pergi ke Dr Shirley Tay Siew Hong.