Polis Tawau Berjaya Tahan Tokan Dadah Dalam Satu Serbuan

Polis Tawau Berjaya Tahan Tokan Dadah Dalam Satu Serbuan

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Polis Tawau hari ini berjaya menahan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam kenderaan tersebut disyaki tokan dadah.

Wanita itu ditahan dalam satu S=serbuan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah ke atas sebuah kenderaan di tempat letak kereta lot kedai kawasan Kubota, jalan Chong Thein Vun, di sini.

Pemeriksaan teliti mendapati sebanyak empat (4) bungkusan plastik mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam kenderaan dengan berat kasar sebanyak 2.82 kilogram iaitu anggaran harga pasaran Rm101, 556.00.

Sumber Foto: Ihsan Unit Media IPD Tawau…

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas dalam satu sidang media hari ini memaklumkan pihaknya telah lama memerhati gerak geri tokan-tokan dadah dari tangkapan yang sebelum ini untuk mengetahui modus operandi mereka dan kaedah ini berjaya dimana kebanyakannya tertangkap dan sedang dijatuhkan hukuman.

Taktik dan teknik yang digunakan oleh mereka juga sentiasa berubah-ubah namun begitu, pihak PDRM sentiasa membuat risikan bagi menyekat dan mengekang operasi tokan dadah.

Kedua-dua suspek ditahan dan kes disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.