KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacita memaklumkan terdapat lagi TUJUH (7) kematian hari ini yang menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 236 kes (0.85%).
Semua kes kematian yang direkodkan hari ini adalah daripada Sabah (Kota Kinabalu, Tuaran, Tawau & Sandakan).

KKM turut memaklumkan bahawa wujud TIGA (3) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Kapor (Sabah), Kluster Hampar (Negero Sembilan), dan Kluster Penjara Tapah (Perak).
KKM melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi turut memaklumkan SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 927 KES daripada 1,240 KES harian yang dilaporkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 27,805 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,744 kes.
semua 1,240 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 1,238 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 691 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 17,825 kes (64.11%).
Menurut laporan itu juga, sebanyak 94 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.