KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui data laman web rasmi CovidNow memaklumkan sebanyak 11,710,970 individu atau 50 peratus (50%) daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat semalam (28 Jan).
Sebanyak 22,923,144 individu atau 97.9 peratus (97.9%) populasi dewasa di negara ini juga telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, manakala 23,200,399 individu atau 99.1 peratus (99.1%) daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,787,267 individu atau 88.6 peratus (88.6%) telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,867,165 individu atau 91.1 peratus (91.1%) lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Statistik harian itu juga menunjukkan sejumlah 178,567 dos vaksin diberikan pada Jumaat meliputi 1,635 dos pertama, 2,573 dos kedua dan 174,359 lagi dos penggalak.





