Biar Kerajaan Negeri Jaga STC, Bukan Dijual, Bagi Orang – Phoong

Biar Kerajaan Negeri Jaga STC, Bukan Dijual, Bagi Orang – Phoong

0
SHARE
Phoong
Phoong (tiga kiri) merasmikan gedung Bluechem Marketing Sdn Bhd ( Sumber Foto: Ihsan MIDE Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Adalah keputusan Kabinet untuk meneruskan pembangunan semula Pusat Dagangan Sabah (STC) tegas Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau merujuk kepada kritikan dan cadangan untuk menswastakan bangunan terbengkalai sedekad lamanya itu.

“Kita tidak mahu (isu) berpanjangan, kerajaan perlu membuat keputusan bagaimana untuk bergerak ke hadapan.

“Cukup jelas bangunan itu rosak, manakala ramai yang mengadu tempat letak kereta tidak diselenggara dengan baik. Tahun ini kerajaan telah memutuskan untuk mengambil semula tanah tersebut.

“Pada mulanya, tanah itu sepatutnya dijual kepada seseorang. Tahun lepas pembeli mengejar semula dengan pembelian, saya rasa ramai yang tahu tentang ini.

“Sepuluh tahun lalu, kerajaan sepatutnya menjual tanah itu. Jadi ia bukan diambil balik secara tiba-tiba,” kata Phoong.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bluechem Marketing Sdn Bhd di Kolombong pada Rabu.

Phoong berkata telah menerima banyak cadangan yang baik dan mengalu-alukan input daripada semua industri.

“Kami tidak tergesa-gesa untuk memberikannya kepada sesiapa. Kerajaan akan mengawal dan mengurus. Memberi bangunan kepada seseorang adalah perancangan yang tidak betul.

“STC sepatutnya menjadi platform kepada usahawan tempatan mengadakan aktiviti pada harga berpatutan. Ini kerana SICC mengikut piawaian dan tarif antarabangsa, skala yang sama sekali berbeza.

“Katakanlah saya berikan (STC) kepada seseorang atau saya jual tanah itu dengan harga murah maka anda boleh berhujah…tetapi ia diuruskan oleh kementerian,” katanya.