MUSA AMAN UCAP TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TAIB MAHMUD

MUSA AMAN UCAP TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TAIB MAHMUD

0
SHARE
Musa
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah suami tercinta, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Kami berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sebagai pemimpin negeri berjiran, saya dan Tun Pehin Sri mempunyai hubungan yang sangat erat khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak.

“Pada hemat saya, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang sangat berpengelaman dan fokus untuk memajukan Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Musa berkata pemergian Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Sarawak bahkan kepada Malaysia keseluruhannya.

“Semasa hayatnya, Allahyarham telah mencurahkan tenaga dan buah fikiran terhadap pembangunan Sarawak dan memberikan sumbangan besar dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang suku dan kaum di negeri Sarawak khasnya dan negara Malaysia amnya,” tambahnya.