RANAU, SABAH – Pasukan Bomba menyelamatkan dua warganegara Perancis yang mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti paragliding pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kejadian pertama pada 7.39 pagi akibat seorang mangsa terlanggar permukaan gunung di KM 7.5 Gunung Kinabalu.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan MOSAR dan seterusnya dibawa turun menggunakan peralatan pengusung sehingga ke Timpohon Gate lalu dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS,” katanya.
Dua jam selepas itu, pada pukul 10.50, lagi seorang lelaki Perancis terperangkap atas pokok dengan ketinggian 60 kaki di kawasan sama.
“Mangsa berjaya diturunkan pada jam 3.56 petang menggunakan sistem tali penyelamat, tidak mengalami sebarang kecederaan serta tidak memerlukan rawatan lanjut…
“Jumlah keseluruhan individu terlibat dalam aktiviti paragliding seramai lapan (8) orang,” katanya.





