ANKARA – Turkiye menemukan rizab gas asli bernilai AS$1 bilion (RM4.4 bilion) di Gunung Gabar, tenggara Sirnak.
Menurut Xinhua, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penemuan itu pada majlis perasmian kompleks sukan di Sakarya pada Ahad baru-baru ini.
Erdogan berkata, pada Disember 2022, sebanyak 150 juta tong rizab minyak bernilai AS$12 bilion (RM53.25 bilion) ditemui yang merupakan sebagai antara 10 penemuan penting pada 2022.
Melalui operasi empat telaga minyaknya, wilayah tersebut mampu menghasilkan 5,000 tong minyak sehari.
Türkiye turut melancarkan operasi kapal amfibia pelbagai guna pertamanya dan penghantaran pertama dari medan Laut Hitam, baru-baru ini.






