KOTA KINABALU, SABAH – Pertembungan diantara gabungan politik GRS dan Barisan Nasional (BN) hampir pasti berlaku pada PRN Sabah ke 17.
Menurut Penganalisis Politik Borneo Merdeka Centre, Baharuddin Yamani berkata pertembungan di antara kedua-dua gabungan parti besar itu amat sukar dielakkan walaupun masih terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai perkara tersebut.
“GRS bekemungkinan besar akan ditentang oleh gabungan baharu Barisan Nasional (BN), Warisan dan KDM.”
Baharuddin berkata lagi, walaupun GRS dan Barisan Nasional (BN) telah menandatangani perjanjian persefahaman dalam membentuk Kerajaan Perpaduan, tetapi politik di Sabah ketika ini amat berbeza berbanding di peringkat Persekutuan.
“Apa yang pasti melihat kepada senario semasa politik di Sabah, pertembungan kedua-dua gabungan parti ini sukar dielak…
“Secara umumnya, ramalan awal kami tidak ada satu parti ketika ini yang boleh mendakwa mempunyai kelebihan jika merujuk kepada pola keputusan undian PRU ke-15 yang lalu,” jelasnya.
Mengambil kira keputusan PRU ke-15 di Sabah GRS bertanding 13 kerusi dan hanya menang dengan 6 kerusi manakala Barisan Nasional 7 kerusi, Warisan 3 kerusi, KDM 1 kerusi, PH 5 kerusi, PN 1 kerusi dan Bebas 2 kerusi.

“Amat sukar meramalkan parti mana mempunyai kelebihan pada PRN-17 yang akan datang dan apa yang pasti GRS mempunyai jalan berliku untuk menguasai lebihan kerusi di Sabah tanpa dibantu oleh Pakatan Harapan (PH)…
“Pakatan Harapan (PH) dilihat akan kekal menguasai pengundi cina, manakala Perikatan Nasional (PN) juga mempunyai kelebihan di beberapa kawasan di Sabah walaupun dengan jumlah yang amat kecil,” tambah Baharuddin lagi.





