
KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat di negeri ini dinasihatkan agar menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola dan sebagaibya bagi mengelakkan kejadian seperti disambar petir ataupun kilat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong berkata semalam, dilaporkan dua orang individu berusia 13 tahun telah terkena sambaran petir di padang bola Papar.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata susulan kejadian itu,
ia mengakibatkan salah seorang darinya telah meninggal dunia.
“Kejadian fenomena petir atau kilat yang berlaku dibeberapa tempat ketika ini menghasilkan sambaran yang boleh mengenai manusia sekiranya berada dikawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.
“Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola, dan kawasan kawasan lapang lainnya sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.





