GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajji Haji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi iket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (PT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung di sini, hari ini.
Katanya, bantuan khas ‘one off’ sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.
“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan…